Isnin, 2 Disember 2013





PIZZA

Bahan Doh Pizza
285 gm tepung roti
1 sb gula
1 sk garam
1 sk oregano
15 gm yis basah
2 sb minyak zaitun
1 sb madu
3/4 cwn (180 ml air) suhu bilik
Cara:
1. Ramas yis basah bersama sebahagian air & gula hingga sebati, biarkan 10 minit hingga ragi berbuih. seeloknya guna bekas logam spy ragi cepat kembang.
2. Satukan tpg dgn semua bahan kering, gaul sebati.
3. Masukkan minyak zaitun & madu, putar sebati.
4. Tuangkan baki air sedikit demi sedikit sambil memutar menggunakan pemukul doh hingga adunan sebati & tak melekt di jari. Jangan bimbang jika air tidak habis digunakan.
5. Keluarkan doh, uli guna tangan selama 10 minit.
6. Letakkan doh di dalam mangkuk yg dilengser sedikit minyak, tutup mangkuk dgn kain biar doh naik 2x ganda baru digunakan buat pizza.
7. Tumbuk doh rata2, canai hingga rata.
*. Letak doh di atas dulang pizza, tekan2 spy rata & mudah ditabur inti.

Sos Utk Pizza:
3 sb minyak zaitun.
1 bj bwg besar didadu
3 ulas bwg putih dicincang
2 kaleng tomato jenis Itali diramas- saya guna tomato puree + tomato fresh kisar.
1 helai daun salam - jika takde saya tak letak
1/2 sk thyme
1 sb tomato puree - abaikan sbb dah ada no.4
garam secukup rasa
sedikit serbuk lada hitam
Cara:
panaskan minyak, tumis ke-2 bwg hingga layu.
Masukkan semua bahan, masak hingga didih, angkat & sejukkan sebelum sapu pd doh pizza.

Proses seterusnya sila lihat turutan gambar ya.
toppingnya tu boleh dipelbagaikan ikut citarasa anda.. last sekali tabur parutan mozarella & cheddar cheese.
silalah mencuba. 


Resepi dari noraini abdul wahad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan