Kek Span Coklat/Vanila/Pandan/Oren

110g tepung superfine *
40g serbuk koko *
1sk baking powder * diayak
150g gula kastor (saya guna gula halus)
5 biji telur A
1sb ovalete
80ml air / susu cair (saya guna air)
80ml mentega cair / minyak masak (saya guna minyak masak)

- pukul telur + gula + ovalete + campuran tepung hingga kembang dan gebu
- masuk air - pukul hingga adunan benar2 ringan
- masuk minyak,kaup balik dgn senduk hingga sebati
- masok dlm loyang 8x8 @ 7x7 (saya guna 8x8) yg telah dilapik kertas
- bakar 45 min @ 175C
- dah masak,keluarkan dr oven dan terbalikkan atas redai kek dlm 5 minit..pastu keluarkan kek dan terlentangkan,biar hingga sejuk
- pastu suke hati nak deko atau nak dibuat kek choc indulgence k..mcm2 boleh dibuat...

****Jika nak buat kek span vanila..tukarkan sahaja kuantiti tpg kpd 150g dan koko xyah letak serta tambah 1sk serbuk vanila
****Jika nak buat kek span pandan / oren...tukar kuantiti tpg kps 150g dan koko xyah letak serta 80ml air tukarkan kpd 80ml jus pandan/jus oren

Tiada ulasan:

Catat Ulasan