Cinta Citarasaku...Air tanganku..
BISMILLAHHIRROHMANNIRROHHIM ASSALAMUALAIKUM WBT KEPADA TEMAN, KAWAN DAN SALAM SEJAHTERA. DI DALAM BLOG INI ADALAH KOLEKSI RESEPI UNTUK DIRI SAYA YANG SUKA MENCUBA RESEPI MASAKAN YANG ADA DI ONLINE DAN YANG TERINGIN SAYA MAKAN..HEHE..SAYA JUGA MENGAMBIL TEMPAHAN. SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN SILA HUBUNGI SAYA DI WHATAPPS 0167763461 ATAU TELEFON DI 0197603461 ATAU TINGGALKAN PESANAN ANDA DI FACEBOOK SAYA..SULIANI SULAIMAN.
Isnin, 2 Disember 2013
PIZZA
Bahan Doh Pizza
285 gm tepung roti
1 sb gula
1 sk garam
1 sk oregano
15 gm yis basah
2 sb minyak zaitun
1 sb madu
3/4 cwn (180 ml air) suhu bilik
Cara:
1. Ramas yis basah bersama sebahagian air & gula hingga sebati, biarkan 10 minit hingga ragi berbuih. seeloknya guna bekas logam spy ragi cepat kembang.
2. Satukan tpg dgn semua bahan kering, gaul sebati.
3. Masukkan minyak zaitun & madu, putar sebati.
4. Tuangkan baki air sedikit demi sedikit sambil memutar menggunakan pemukul doh hingga adunan sebati & tak melekt di jari. Jangan bimbang jika air tidak habis digunakan.
5. Keluarkan doh, uli guna tangan selama 10 minit.
6. Letakkan doh di dalam mangkuk yg dilengser sedikit minyak, tutup mangkuk dgn kain biar doh naik 2x ganda baru digunakan buat pizza.
7. Tumbuk doh rata2, canai hingga rata.
*. Letak doh di atas dulang pizza, tekan2 spy rata & mudah ditabur inti.
Sos Utk Pizza:
3 sb minyak zaitun.
1 bj bwg besar didadu
3 ulas bwg putih dicincang
2 kaleng tomato jenis Itali diramas- saya guna tomato puree + tomato fresh kisar.
1 helai daun salam - jika takde saya tak letak
1/2 sk thyme
1 sb tomato puree - abaikan sbb dah ada no.4
garam secukup rasa
sedikit serbuk lada hitam
Cara:
panaskan minyak, tumis ke-2 bwg hingga layu.
Masukkan semua bahan, masak hingga didih, angkat & sejukkan sebelum sapu pd doh pizza.
Proses seterusnya sila lihat turutan gambar ya.
toppingnya tu boleh dipelbagaikan ikut citarasa anda.. last sekali tabur parutan mozarella & cheddar cheese.
silalah mencuba.
Resepi dari noraini abdul wahad.
Ahad, 1 Disember 2013
INTI COKLAT
250ml susu cair (205gm)
180ml air suam (150gm)
180gm gula
1 sudu teh esen vanila (saya suka letak paste coffee dlm 2sdt)
60gm mentega
60gm serbuk koko
70gm tepung jagung
Masukkan gula dalam periuk
Dalam bekas lain, campurkan susu cair, serbuk koko, air suam & tepung jagung. Kacau sebati dan tapiskan dalam bekas berisi gula (boleh juga kalau nak blend)
Masak atas api sederhana hingga agak pekat sedikit. Kemudian masukkan esen vanila dan mentega (saya tutup terus api masa selepas masuk esen vanila dan mentega tu)
Kacau hingga sebati dan sejukkan.
Tapiskan adunan tu supaya dapat hasil yang lembut halus
Note : kalau adunan menjadi sedikit keras semasa dah sejuk tu, boleh la tambahkan lagi air suam & kacau sekejap atas api
Sabtu, 30 November 2013
KEK KEJU MELELEH
SEDAP RASA KEJU...
SAYA TELAH MEMBUAT RESEPI INI. HASILNYA EMMM...SEDAP PPP...
MARI KITA LIHAT RESEPINYA....MELELEH..LELEH...
KEK KEJU MELELEH
BAHAN KEK
5 BIJI TELUR A
100 GM GULA KASTOR
100 GM TEPUNG SUPERFINE
60 GM TEPUNG JAGUNG
50 GM AIR SEJUK (DLM AISBOX)
1 SDT BAKING POWDER
1 SDT ESEN VANILA
2 SDB OVELETE
2 SDB PERISA STRAWBERI
75 GM BUTTER DICAIRKAN
CARA-CARA
SATUKAN SEMUA BAHAN KECUALI BUTTER DAN PERISA. PUKUL DENGAN
KELAJUAN RENDAH SELAMA 1 MINIT . KEMUDIAN KELAJUAN TINGGI SELAMA
7 MINIT ATAU SEHINGGA SEBATI.
MASUKKAN BUTTER DAN PERISA. PUKUL LAGI SELAMA 5 MINIT.
MASUKKAN ADUNAN KE DALAM LOYANG YANG DI ALAS KERTAS MINYAK
DAN DISAPUKAN BUTTER.
BAKAR PADA SUHU 150 DARJAH SELAMA 45 MINIT. API ATAS BAWAH.
BAHAN CREAM
250 GM CREAM CHEESE
1/2 TIN SUSU PEKAT
1 1/2 CAW SUSU SEGAR (FULL CREAM)
1/4 CAW FRESH CREAM
PUKUL CREAM CHEESE HINGGA TIDAK BERKETUL DAN MASUKKAN SUSU PEKAT,
FRESH CREAM DAN SUSU SEGAR DAN PUTAR HINGGA TIDAK BERKETUL.
BAHAN TOPPING
1/2 KOTAK CHEDDAR CHEESE DIPARUT
SELAMAT MENCUBA.
Langgan:
Catatan (Atom)