Sabtu, 23 Mac 2013

Kek Lapis Cadbury

KEK LAPIS COKLAT CADBURY

Salam Sabtu kepada semua..
Apa khabar teman-teman  di luar sana..Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam..
Kek sentuhan tangan ku...

kek lapis coklat cadbury - 
resepi dari Dayang Jack,Rohaimi Ahmad di kurangkan bahan..yg manis2...tq to u 2...
Bahan..
7 biji telur B
100g gula halus
180g tepung hong kong
100g horlick
100g serbuk biskut marie
400g butter
100g susu pekat
1 sb overlate
1 sk vanila esen


CARANYA


1-Pukul telur dan gula..sampai kembang..

masukkan tepung,horlick,serbuk biskut marie.
2-Butter,susu,overlate,vanila..dipukul..hingga kembang..
campurkan dua adunan sebati ..dan bolehlah melapis 






*proses pembakaran:
-sediakan loyang bersaiz 8 1/2inci disapu sedikit butter dn ditabur tepung disekeliling loyang tersebut...lapikkan dgn kertas putih tk menyerap lebihan minyak kek nanti....
Lapisan

1..Kuning api atas bawah 250'c 3-5min}bergantung pd oven masing2
2.Kuning api atas shj 250'c 3-5min}lapisan 2-10 sma api
3.kuning~disusun dgn 25 keping coklat
4.kuning~disusun dgn 20 keping coklat
5.kuning~disusun dgn 25 keping coklat
6.kuning~disusun dgn 20 keping coklat
7.kuning~disusun dgn 25 keping coklat
8.kuning~disusun dgn 20 keping coklat
9..Kuning 
10.
.Kuning ~ditabur dgn badam diatasnya

NOTE:
-cucuk dgn lidi tk memastikan setiap lapisan masak...
-tekan disetiap lapisan supaya garisannya nmpk lurus dn sekata
*POTONG kek tggu sehingga iainya btul2 sejuk. bg coklat yg dibakar tadi menjadi beku semula...klu potang time panas lg coklat didlmnya nmpk cair dlm (6jam@semlman disimpan dlm peti sejuk)
-klu nk simpan lma eloklah disimpan dlm peti sejuk...almaklum ler, ada coklat  didlmnya...


Jumaat, 22 Februari 2013

KEK CHEESE



KEK CHEESE

Bahannya:
200g cream cheese( TATURA CHEESE..u all ikut suka )
400 ml susu segar
100 g mentega atau marjerin
100 g tepung gandum
100 gram gula halus
4 biji telur saiz A
1st esen vanila
1st jus lemon(tak letak pun tak apa)
Cara2nya:
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia xjatuh apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan esen vanila/jus lemon, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. sapu acuan kek dengan marjerin dan taburkan tepung disekelillingnya. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160'c guna api ATAS BAWAH selama 50min-sehingga btul2 masak dan menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.
9. Biarkan selama 10min kek didlm loyang barulah dikeluarkan supaya tepi2nya regang dn senang dikeluarkan dn dapatlah tepi2 kek yg licin gitu..JGN GATAL TGN NK MENCUNGKIL2 TEPINYA..KANG COMOT XLICIN LAK TEPI2 KEK TU..
10. Simpan didlm peti sejuk dulu lg enak dimkn time keknya sejuk...
resepi dari rohaimi ahmad

kek cheese


KEK PELANGI


KEK PELANGI

KEK PELANGI


Pertama kali membuat kek pelangi..belajar dari adik di Kuala Lumpur..

kek

KEK...KEK..KEK..
Perbagai doke kek...Sedap

Melihat deko seperti di dalam gambar memberikan saya semangat untuk menimba lebih banyak ilmu dalam bidang kek ini...