Memaparkan catatan dengan label biskut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label biskut. Papar semua catatan

Rabu, 26 Jun 2013

CHOCOLATE CHIPS COOKIES

CHOCOLATE CHIPS COOKIES

BISKUT YANG TELAH SIAP DI BAKAR



CHOC TRUFFEL HAZEL NUT
BAHAN

250 GM MENTEGA
100 GM GULA PERANG
120 GM GULA KASTOR
2 BIJI TELUR
320 GM TEPUNG GANDUM
80 GM TEPUNG JAGUNG
2 SDK SODA BIKARBONAT
2 SDB SERBUK KOKO
2 SDB SERBUK MILO
200 GM CIP COKLAT
100 GM CAMPURAN BUAH-BUAHAN KERING
100 GM KACANG WALNUT DIPANGGANG DAN DICINCANG KASAR


BADAM. DAN CORNFLAKES
CARANYA

AYAK TEPUNG GANDUM BERSAMA TEPUNG JAGUNG, SODA BICARBONAT DAN SEBUK KOKO

PUKUL MENTEGA BERSAMA GULA HINGGA KEMBANG. PECAHKAN TELUR DAN KACAU SEBENTAR.

MASUKKAN BAHAN YANG TELAH DIAYAK DENGAN SERBUK MILO. GAUL HINGGA DAPAT DOH YANG LEMBUT.

CAMPURKAN CIP COKLAT, BUAH-BUAHAN KERING DAN KACANG WALNUT.
KACAU SEBATI.

SUDUKAN ADUNAN DIATAS DULANG YANG TELAH DILAPISKAN KERTAS MINYAK

BAKAR PADA SUHU 180 C UNTUK KIRA-KIRA 20 MIN ATAU BENAR-BENAR MASAK.

SELAMAT MENCUBA.


MENANTI UNTUK DI NGAP....SEDAP 
SERBUK KOKO
COKLAT SUSU

Ahad, 23 Jun 2013

BISKUT CHOCOLATE OATS CRISPY


BISKUT CHOCOLATE OATS CRISPY
Sumber : Diana Zaminna


130 g tpg gandum
30 g tpg jagung
20 g serbuk koko
1/2 sudu kecil serbuk penaik

* ayak semua bahan di atas.

90 g quaker oats-lebih pun xpe
4-5 SB nestum
200 g mentega
120 g brown sugar/ gula perang
1/2 sk esen vanilla
almond cincang

* pukul mentega + gula +esen hingga gula hancur dan sebati.masukkan bahan2 ayak.masukkan oats, nestum dan almonds.gaul sebati.bulat2kan di atas tray dan tekan guna garfu.bakar suhu 160'c selama 12-15 minit/ sehingga masak.tgu sejuk baru makan.

Jumaat, 21 Jun 2013

BISKUT UNTAIAN MUTIARA












BISKUT UNTAIAN MUTIARA
Sumber Ejun Junida

Bahan

250 gm     buttercup

1 cwn       gula halus( kurangkan manis guna 3/4 caw sahaja )
3cwn        tpg gandum( Guna 2 setengah cwn)
                  kalau lembik tambah sikit lagi sebab cawan tak sama saiz
1 1/2cwn  tpg jagung
1 biji          telur kuning
1 sd teh   esen vanila

Cara
Campurkn semua butter, gula dann esen vanila
gaul guna senduk .
Masukkan telur dan gaul lagi sekejap.
Masukkn semua bahan lain gaul jd doh yg lembut.
Bolehlah picit guna acuan untaian.
Bakar 18 minit suhu 160'c






Biskut Untaian

Sumber : Qasieh Cupcake 

Bahan A
250 gm butter
1 cawan gula halus
1 biji kuning telur

Bahan B (ayak)
1 1/2 cawan tepung jagung
3 cawan tepung gandum

Cara-cara:
1. satukan bahan A dan kacau hingga sebati...tak perlu kembang
2. Masukan sikit- sikit dan uli hingga menjadi doh lembut seperti samprit..

3. kalau adunan dah lembut paipkan menggunakan acuan seperti dibawah, bakar pada suhu 180C selama 12-20 minit mengikut oven masing masing..



Untaian Coklat

Bahan A:
125 gm Butter
80gm gula icing

Bahan B:
1/2 biji kuning telur
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh esen cuppuccino

Bahan C:(Ayak)
1/2 cawan tepung jagung
15gm serbuk koko
100gm tepung gandum (goreng sekejap)
85gm tepung kastad

Cara Membuat:
1. Kacau bahan A, hingga sebati menggunakan sudip kayu.
2. Masukkan bahan B dan dan kacau sekejap juga...tak perlu kembang yer...
3. Masukkan kesemua bahan C dan gaul hingga sebati...
4. Bentukkan mengikut seperti gambar diatas....Clik sini untuk tengok gambar acuan
5. Bakar pada suhu 180c selama 15-20 minit mengikut oven masing- masing.

Rabu, 19 Jun 2013

CHEESE TART

CHEESE TART



EMPUNYA RESEPI : SENYUM SOKMO
GROUP MASAKAN SAMBAL HIJAU

Cheesetart

Pastry

150 gm majerin (tujuan utk tambah ranggup letak butter kurang kekal lama ranggup)
50 gm butter anchor
100 gm gula castor (gula lebih utk tahan-1 bulan simpan pun ranggup)
1 st Vanila Esen
30 gm telur atau setengah biji je
Tepung gandum cap sauh 330 gm
1/2 st emplex
1/8 st garam

Bahan basah mesin satu kali gaul dgn tepung (sukatan ini tak perlu ditambah tepung dah ngam ngam)
Simpan doh dlm peti sejuk 15 minit - 30 minit
Keluarkan dan letak dlm acuan tart
Bakar pada rak bawah sekali utk ranggup lebih kurang 1/2 inci
dari bahagian bawah ketuhar.
Masak hingga warna keperangan atau 160C 20 minit ikut oven masing masing

Cream Cheese

250 gm cream cheese 45 minit dari peti ke suhu bilik
20 gm butter anchor
50 gm gula castor
1 biji telur
1/8 tsp garam


campur semua pukul sebati sampai gebu
keluarkan pastry dari acuan letak filling letak cream utk hiasan lorekkan dgn lidi yg telah dicelup dengan pewarna star brand.
Nak lebih berlemak lagi masuk 30 gm Non diary whip cream

Filling : Strawberry,Blueberry,Mangga,Oren

Bakar 160C 6min-8 min tengok cream mulai gelembung cantik angkat keluar jika terlalu lama akan pecah cream tersebut. jgn bimbang cheese ni lepas sejuk sekejap pada suhu bilik masuk peti ais masa ni cream benar benar cantik.
Warna dan rupa cheese lebih cantik setelah dikeluarkan dari peti. Cheese dlm chiller tahan 1 minggu dlm Freezer lebih 2 minggu.







Ahad, 16 Jun 2013

CORNFLAKES & ALMOND ROCHER

CORNFLAKES & ALMOND ROCHER


RESEPINYA

BAHAN
200 GM CORNFLAKES YANG DIPANGGANG
100 GM BADAM HIRIS YANG DI PANGGANG BERSAMA GULA ICING
10 GM GULA ICING
50 GM KULIT OREN
50 GM  PES KACANG HAZEL
50 GM LEMAK KOKO
200 GM COKLAT MASAKAN
200 GM COKLAT SUSU

HIASAN BOLEH GUNA GULA MANIK WARNA WARNI
                CAWAN KERTAS SECUKUPNYA



PES KACANG HAZEL. LEMAK KOKO, KULIT OREN
COKLAT MASAKAN

CORNFLAKES YANG DIPANGGANG

BADAM HIRIS YANG DIPANGGANG BERSAMA GULA ICING


BOLEH DISUSUN CUP

DAH SIAP UNTUK DIMASUKKAN KE DALAM CUP
CARANYA

GAUL BADAM BERSAMA GULA ICING. BAKAR 10MINIT . SEJUKKAN.

CAIRKAN COKLAT .CARA DOUBLE BOIL. MASUKKAN LEMAK KOKO
BERSAMA PES KACANG HAZEL

MASUKKAN CORNFLAKES, BADAM HIRIS, KULIT OREN KE DALAM COKLAT CAIR.
GAUL SEBATI.

SUDUKAN KE DALAM CAW KERTAS. TABURKAN DENGAN MANIK.

SEJUKKAN DALAM AISBOX BUAT SEKETIKA HINGGA COKLAT KERAS.

KELUARKAN DAN SIMPAN DALAM BEKAS KEDAP UDARA.


SELAMAT MENCUBA.

Isnin, 10 Jun 2013

BUTTERFLY COOKIES

BUTTERFLY COOKIES

Assalamualaikum.
Hari ini..mari kita mencuba resepi ini..



Bahan
150g     Mentega
50g       Gula ising
188g     Tepung gandum
63g       Tepung jagung
1/2 sdb Serbuk susu

Hiasan

1biji   Putih Telur
95g   Gula Ising
1 sdb Tepung jagung
1/2 sdk Coklat Emulco
Cara-caranya

-Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
2-Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung susu. Uli hingga menjadi doh.
3-Simpan dalam aisbox 10 minit sebelum dicanai.
4-Canai doh guna acuan butterfly. Terap dan susun atas kertas minyak dalam loyang.
5-Bakar pada suhu 180'c  selama 20 minit. atau sehingga 3/4 masak. Sejukkan

Untuk hiasan

1-Pukul putih telur hingga kental.
2-Masukkan gula ising.Terus pukul hingga adunan berkilat. Masukkan tepung jagung.
3- Sebatikan dengan cara kaup balik.
4-Paipkan atas biskut yang telah sejuk tadi hias dengan coklat emulco.
5-Bakar semula dengan api bawah saja selama 10 minit suhu 150'c atau hingga hiasan itu keras.
6-Bila sejuk boleh disimpan dalam balang.

Selamat mencuba.