Isnin, 10 Jun 2013

BUTTERFLY COOKIES

BUTTERFLY COOKIES

Assalamualaikum.
Hari ini..mari kita mencuba resepi ini..



Bahan
150g     Mentega
50g       Gula ising
188g     Tepung gandum
63g       Tepung jagung
1/2 sdb Serbuk susu

Hiasan

1biji   Putih Telur
95g   Gula Ising
1 sdb Tepung jagung
1/2 sdk Coklat Emulco
Cara-caranya

-Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
2-Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung susu. Uli hingga menjadi doh.
3-Simpan dalam aisbox 10 minit sebelum dicanai.
4-Canai doh guna acuan butterfly. Terap dan susun atas kertas minyak dalam loyang.
5-Bakar pada suhu 180'c  selama 20 minit. atau sehingga 3/4 masak. Sejukkan

Untuk hiasan

1-Pukul putih telur hingga kental.
2-Masukkan gula ising.Terus pukul hingga adunan berkilat. Masukkan tepung jagung.
3- Sebatikan dengan cara kaup balik.
4-Paipkan atas biskut yang telah sejuk tadi hias dengan coklat emulco.
5-Bakar semula dengan api bawah saja selama 10 minit suhu 150'c atau hingga hiasan itu keras.
6-Bila sejuk boleh disimpan dalam balang.

Selamat mencuba.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan