Jumaat, 21 Jun 2013

BISKUT UNTAIAN MUTIARA












BISKUT UNTAIAN MUTIARA
Sumber Ejun Junida

Bahan

250 gm     buttercup

1 cwn       gula halus( kurangkan manis guna 3/4 caw sahaja )
3cwn        tpg gandum( Guna 2 setengah cwn)
                  kalau lembik tambah sikit lagi sebab cawan tak sama saiz
1 1/2cwn  tpg jagung
1 biji          telur kuning
1 sd teh   esen vanila

Cara
Campurkn semua butter, gula dann esen vanila
gaul guna senduk .
Masukkan telur dan gaul lagi sekejap.
Masukkn semua bahan lain gaul jd doh yg lembut.
Bolehlah picit guna acuan untaian.
Bakar 18 minit suhu 160'c






Biskut Untaian

Sumber : Qasieh Cupcake 

Bahan A
250 gm butter
1 cawan gula halus
1 biji kuning telur

Bahan B (ayak)
1 1/2 cawan tepung jagung
3 cawan tepung gandum

Cara-cara:
1. satukan bahan A dan kacau hingga sebati...tak perlu kembang
2. Masukan sikit- sikit dan uli hingga menjadi doh lembut seperti samprit..

3. kalau adunan dah lembut paipkan menggunakan acuan seperti dibawah, bakar pada suhu 180C selama 12-20 minit mengikut oven masing masing..



Untaian Coklat

Bahan A:
125 gm Butter
80gm gula icing

Bahan B:
1/2 biji kuning telur
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh esen cuppuccino

Bahan C:(Ayak)
1/2 cawan tepung jagung
15gm serbuk koko
100gm tepung gandum (goreng sekejap)
85gm tepung kastad

Cara Membuat:
1. Kacau bahan A, hingga sebati menggunakan sudip kayu.
2. Masukkan bahan B dan dan kacau sekejap juga...tak perlu kembang yer...
3. Masukkan kesemua bahan C dan gaul hingga sebati...
4. Bentukkan mengikut seperti gambar diatas....Clik sini untuk tengok gambar acuan
5. Bakar pada suhu 180c selama 15-20 minit mengikut oven masing- masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan