Rabu, 17 April 2013

SPAGHETTI BOLOGNESE

siap untuk dimakan...sluppp

celery, bawang putih, bawang besar, lobak

daging cincang


 sos spaghetti, susu segar, tomato puri, spaghetti
oregano


SILALAH CUBA RESEPI INI...
SPAGHETTI BOLOGNESE
BAHAN
500g spaghetti
cara
Masak air hingga mendidih..masukkan spaghetti, sedikit minyak masak, sedikit garam. Biar dalam 15minit..atau  hingga masak. .
BAHAN SOS
500g daging cincang
200g susu cair atau susu segar
2 labu bawang besar dicincang halus
2 biji bawang putih dicincang halus
1 btl sos spaghetti kimball
1 btl air (guna botol sos )
1 sdb tomato puri
3 biji tomota dipotong dadu
1 btg lobak di potong dadu
1 btg celery dipotong dadu
1 kuib stock daging (saya tak letak )
1 tin cendawan butang ( saya tak letak )
1/2 sdt oregano / ( paprika - kalau mahu pedas)
garam/gula secukup rasa
3 sdb minyak masak
2 sdb mentega
keju parmesan (saya guna chedder ) dan cheese slice.
CARA
Panaskan minyak dengan mentega. Tumis bawang besar n putih sampai layu..

masuk daging cincang masak sampai masak sedikit . 
masukkan sayur yang dicincang
Masukkan sayur tadi..masak biar lembut sikit..
masukkan susu..masak dgn api besar biar mendidih..masukkan sos spaghetti kimball 1 botol kacau ..
air ikut sukatan botol yang sama dengan sos
masukkan cheese slice
masukkan air ikut sukatan botol tadi. masukkan tomato puri, tomato kacau sambil tekan buah tomato supaya hancur..masukan oregano,kiub daging (saya tak letak) garam, gula,2 cheese slice..biar mendidih dan masak dengan api perlahan...hingga masak..atau kuahnya nampak pekat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan