Isnin, 29 April 2013

CRAB MEAT MINI PIZZA

Assalamualaikum 
Hari ini saya berkongsi resepi roti dengan teman-teman yang sudi datang ke blog saya. Saya dapat resepi ni dari kelas mini pizza...Insyaallah saya akan update resepi dari kelas-kelas yang pernah saya belajar.

CRAB MEAT MINI PIZZA
CRAB MEAT MINI PIZZA
DOH
400 gm  Tepung roti*
100 gm  Tepung gamdum*
70   gm  Gula Kaster*
1    sdt   Garam*
14   gm  Yis segera*
106 gm  Mentega*
26   gm  SusuTepung*
50  ml    Susu segar
90 gm    Krim Putar
1  biji     Telur ( gred B @ C )
170 ml    Air ( air biasa )

TOPPING
18 btg     Isi ketam dihiris
1  biji       Telur
1 sdt        Garam
4 sdt        Gula Kaster
250 gm    Sayur campur

- Campurkan Isi ketam yang dihiris, telur, garam, gula dan sayur campur . Gaul semua hingga rata

Isi ketam, sayur campur, sos cili, mayonis, telur, garam, gula

                Mayonis
                Sos cili
                Oregano
                Keju cheddar

UNTUK SAPU PADA ADUNAN
1 biji  kuning Telur
8 sdb susu segar

Cara -cara
- Gaul bahan yang bertanda * Tepung roti , tepung gandum ,garam, gula, yis , susu tepung 
dan mentega hingga menjadi doh yang lembut.
- Masukkan telur, susu dan krim putar uli lagi rata..
- Tuang air sedikit-sedikit dan uli adunan hingga menjadi  doh yang lembut dan elastik.
- Doh terus ditimbang dan dibahagikan kepada 16 bahagian, bulatkan adaunan tadi
- Rehatkan selama 15 minit.
Doh yang sudah dibahagi kepada 16 bahagian.

- Canaikan doh jadi bulat dan nipis letak dalam loyang yang telah disapu dengan tepung gandum.
-Sapu doh dengan susu. Sudukan inti dalam doh. Paipkan mayonis, sos cili, tabur keju cheddar 
dan oregano. Rehatkan selama 35minit
- Bakar pada suhu 180-200'c selama 12-15 minit atau hingga kuning kekuningan

Sapu doh dengan telur yang telah dicampur dengan susu segar. Letakkan inti ,taburkan oregano.

Letakkan sos cili, mayonis dan keju cheddar. Rehatkan selama 35minit . Sedia untuk dibakar.

Selamat Mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan