KEK KARAMEL (CAREMAL)
Bahan-bahan dan cara membuatnya :
[A] Lapisan Gula Hangus
~
Masukkan ke dalam loyang 7" atau 8" inci. Letak loyang di atas
dapur gas. |
~
Cairkan atas api perlahan. Biar cair sendiri, tak perlu dikacau. |
~ Bila
cair dan bertukar warna menjadi perang, lenggok-lenggokkan loyang biar
caramel rata. |
~ Ketepikan.
Jangan khuatir, ianya memang akan mengeras.
[B] Lapisan Karamel
3 biji
kuning telur |
1/2 tin
susu cair (200 ml) |
1/2 sudu
teh asen vanilla |
70 gm
gula kastor
|
ATAU (untuk menghasilkan karemel yang lebih tebal *yang ni
ikut Miza) : |
5 biji
kuning telur |
2 biji
telur penuh *jadi keseluruhan = 7 kuning telur & 2 putih telur |
1 sudu
besar asen vanilla |
1 tin
susu cair (400 ml) |
70 gm
gula |
~ Kacau
sebati bahan di atas hingga gula larut. Hati-hati! Jangan sampai berbuih. |
~ Tapis
larutan masuk ke dalam loyang yang ada gula karamel tadi. |
~
Ketepikan
Nota : Kalau nak dapatkan permukaan karamel yang halus mulus dan licin,
masa kacau bahan2 ni,
buat pelan2. Kalau tak nanti jadi macam kek Naz ni. Permukaannya tak berapa licin.
*Nasihat ni dapat dari orang yang lebih pakar.
[C] Meringue
Kalau
buat lapisan karamel di atas tadi guna 3 biji kuning telur, maka bahan
untuk meringue : |
3 biji
putih telur (baki putih telur dari di atas tadi setelah digunakan kuningnya) |
3 biji
putih telur tambahan *jadi jumlah putih telur yang diperlukan = 6 biji* |
1 sudu
teh krim of tartar (tak letak pun tak apa)
|
ATAU; |
Kalau
buat lapisan karamel di atas tadi guna 7 biji kuning telur, maka
bahan untuk meringue : |
5
biji putih telur (baki putih telur setelah diguna kuning telur dari atas
tadi) |
1 biji
putih telur *jadi jumlah putih telur yang digunakan = 6 biji* |
1 sudu
teh krim of tartar (tak letak pun tak apa - Naz tak
letak) |
~ Pukul
putih telur bersama krim of tartar (sekiranya menggunakannya) sehingga
berbuih. |
~
Kemudian, masukkan : |
70 gm
gula kastor |
~ Pukul
lagi dengan menggunakan high speed hingga kembang dan menjadi meringue. |
~ Cara
nak tau dah jadi meringue tu, bila diterbalikkan, adunan tidak jatuh.
[D] Kek
1 biji
kuning telur (lebihan dari atas setelah diguna putihnya) |
2 kuning
telur *jadi jumlah kuning yang digunakan = 3 kuning telur* |
135 ml
air |
45 ml
minyak masak |
70 gm
gula kastor |
140 gm
tepung gandum |
1 sudu
teh baking powder |
~ Ayak
tepung gandum dan baking powder bersama. Ketepikan. |
~ Guna
mixer tadi(tak perlu dibasuh),
dan pukul kuning telur air dan minyak masak
hingga kembang. |
~
Masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang. |
~
Masukkan bahan ayak sikit-sikit dan pukul sebati.
Penyatuan
adunan [C] dan [D] :
~
Masukkan 1/2 adunan [C] iaitu meringue ke dalam adunan [D].
Kaup balik hingga
sebati. |
~
Kemudian masukkan baki adunan [C], dan kaup balik perlahan-lahan hingga
sebati. |
|
|
|
|
|
Mewarna
dan melapis adunan kek : |
~
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan ikut warna pilihan: A, B dan
C.
~ Masukkan sesenduk adunan warna A ke tengah loyang tadi. Tak perlu diratakan.
~ Masukkan pula sesenduk adunan warna B di tengah-tengah adunan A tadi.
~ Begitu juga dengan adunan C.
~ Buat hingga habis semua adunan digunakan.
~ Lorekkan dengan hujung lidi pada adunan mengikut corak yang anda inginkan.
Membakar
kek : |
~
Panaskan oven pada suhu 170 C - 180 C menggunakan api bawah sahaja. |
~ Bakar
kek secara steam bath atau double boiler di dalam oven selama 1 jam
atau
hingga kek masak sepenuhnya. |
~ Cara
steam bath :
Masukkan loyang berisi adunan kek ke dalam satu lagi loyang lain
yang lebih besar
yang diisi air di dalamnya. |
~
Masukkan loyang ni ke dalam oven pada rak yang paling bawah dan ingat!!!
Bakar menggunakan api bawah sahaja.
~ Bila
tamat waktu pembakaran, cucuk lidi di tengah-tengah kek untuk menguji
samada
kek telah masak
sepenuhnya atau tidak. Kalau lidi keluar bersih(tiada adunan
yang melekat),
maknanya kek telah masak.
Sekiranya tidak, tambah lagi waktu
pembakaran. |
~ Bila
dah masak, kuarkan dari oven dan rehatkan 10 minit.
Kemudian terbalikkan ke
atas pinggan atau lapik yang sesuai. |
~ Boleh
disimpan di dalam peti sejuk dan hidangkan sejuk.. Sedapppp... |
SILALAH MENCUBANYA
Asal Resepi : Puan Munira Baharum |
|
|
|
KEK CAREMAL |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan