Isnin, 29 April 2013

SAUSAGE MINI PIZZA

Assalamualaikum,
Selamat malam..satu lagi resepi untuk hari ini..
Rasanya sedap..dan rotinya lembut..boleh tahan dua hari pada suhu bilik.



SAUSAGE MINI PIZZA

DOH

450 gm  Tepung roti*
84   gm  Gula Kaster*
7     gm  Garam*
3     sdt  Yis segera*
45   gm  Mentega*
15   gm  SusuTepung*
1  biji     Telur ( gred B @ C )
220 ml    Air ( air biasa )

TOPPING

14 btg     Sosej di potong 
4  biji      Tomato di hiris
               Keju Mozzarella



SOS PIZZA
1 biji       Bawang besar Hollen dicincang
4 ulas      Bawang putih dicincang
2 sdb      Herba Campuran
1 tin        Tomato Puri
5 sdb      Sos cili
4 biji       Tomato dibuang kulit & biji, kemudian dipotong dadu kecil
 1 sdt       Lada Hitam
               Garam & Gula secukup rasa


UNTUK SAPU PADA ADUNAN
1 biji  kuning Telur
8 sdb susu segar

CARA-CARA

- Gaul bahan yang bertanda * Tepung roti  ,garam, gula, yis , susu tepung 
   dan mentega hingga menjadi doh yang lembut.
- Masukkan telur uli lembut 
- Tuang air sedikit-sedikit dan uli adunan hingga menjadi  doh yang lembut dan elastik.
- Doh terus ditimbang dan dibahagikan kepada 16 bahagian, bulatkan adaunan tadi
- Rehatkan selama 15 minit.

- Canaikan doh hingga diameter 10cm.
- Sapu susu pada doh. Letakkan sos pizza, susun topping, tabur keju mozzarella
- Rehatkan doh naik dua kali ganda.
- Bakar selama -/+ 15 minit  pada suhu 180'c atau pizza keperangan

SOS PIZZA
- Tumis bawang dan masukkan herba campuran. Tuang tomato puri. Setelah naik bau,
   masukkan sos cili dan tomato. Masukkan gula, garam dan lada hitam secukup
   rasa.

Sosej, tomato dihiris, keju mozzarella, sos pizza utk topping

Mini pizza sedang dimasak















Tiada ulasan:

Catat Ulasan