Ahad, 16 Jun 2013

CORNFLAKES & ALMOND ROCHER

CORNFLAKES & ALMOND ROCHER


RESEPINYA

BAHAN
200 GM CORNFLAKES YANG DIPANGGANG
100 GM BADAM HIRIS YANG DI PANGGANG BERSAMA GULA ICING
10 GM GULA ICING
50 GM KULIT OREN
50 GM  PES KACANG HAZEL
50 GM LEMAK KOKO
200 GM COKLAT MASAKAN
200 GM COKLAT SUSU

HIASAN BOLEH GUNA GULA MANIK WARNA WARNI
                CAWAN KERTAS SECUKUPNYA



PES KACANG HAZEL. LEMAK KOKO, KULIT OREN
COKLAT MASAKAN

CORNFLAKES YANG DIPANGGANG

BADAM HIRIS YANG DIPANGGANG BERSAMA GULA ICING


BOLEH DISUSUN CUP

DAH SIAP UNTUK DIMASUKKAN KE DALAM CUP
CARANYA

GAUL BADAM BERSAMA GULA ICING. BAKAR 10MINIT . SEJUKKAN.

CAIRKAN COKLAT .CARA DOUBLE BOIL. MASUKKAN LEMAK KOKO
BERSAMA PES KACANG HAZEL

MASUKKAN CORNFLAKES, BADAM HIRIS, KULIT OREN KE DALAM COKLAT CAIR.
GAUL SEBATI.

SUDUKAN KE DALAM CAW KERTAS. TABURKAN DENGAN MANIK.

SEJUKKAN DALAM AISBOX BUAT SEKETIKA HINGGA COKLAT KERAS.

KELUARKAN DAN SIMPAN DALAM BEKAS KEDAP UDARA.


SELAMAT MENCUBA.

Jumaat, 14 Jun 2013

BLUEBERRY CHILLED CHEESE CAKE

BLUEBERRY CHILLED CHEESE CAKE

BLUEBERRY CHILLED CHEESE CAKE
Bahan

500g   Keju cream
3 biji   Kuning telur
50g     Gula Kastor 
1 sdb  Juice lemon
3 sdb  Serbuk gelatin
50 ml  Air
150 ml krim putar 
3 biji putih telur
30g gula kastor
100g jem blueberry


1 - Pukul cream keju sampai kembang dan ringan.
2 - Masak kuning telur, (50g) gula kastor,dan jus lemon . Guna double boil masak hingga gebu.
3 - Cairkan serbuk gelatin yang sudah diremdam dalam air hingga kembang. Cairkan guna double boil dan jangan kacau biarkan hingga semua hancur. ( masukkan gelatin dalam air sedikit-sedikit supaya sekata dan kena keseluruhan air)
4 - Gelatin yang hancur tadi masukkan dalam 
adunan telur tadi. Kacau sebati
5 - Masukkan campuran telur dan gelatin tadi ke dalam adunan cream cheese.
6 - Masukkan krim putar kacau sebati
7 - Pukul putih telur dan guna hingga kental. Masukkan ke dalam adunan cream keju dan kacau sebati.
8 - Tuang adunan ke dalam bekas yang mengandungi kek span coklat sebagai lapisan bawah kek.
9 - Sejukkan adunan selama 2 jam.
10 - Keluarkan kek dari bekas, sapukan filling blueberry.


SELAMAT MENCUBA.
FRESH CREAM


WHIPPING CREAM

KEK COKLAT UNTUK LAPISAN BAWAH KEK

GELATIN HALAL

BLUEBERRY FILLING


Khamis, 13 Jun 2013

CHOCOLATE INDULGENCE


CHOCOLATE INDULGENCE


KEK COKLAT SPAN

Bahan

250g    Tepung gandum
200g    Gula kastor
50g      Serbuk koko
25g      Ovallete
1 sdk    Serbuk penaik
8 biji    Telur 
1/2 sdb esen vanila
125g     Mentega (cairkan)
100g     Air
1/4 sdk Garam

1 - Ayak tepung, serbuk penaik,         serbuk koko dan garam.
2 - Masukkan tepung tadi dengan ovallete dan gula pukul sekata. 
3 - Masukkan telur, air dan esen vanila. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kembang.(20min)
4- Bakar 190'c selama 30min 

CHOCOLATE MOUSEE

Bahan

400 ml Whipping cream (fresh cream)
100g    Coklat Hitam
100g    Coklat putih
1 sdk   Mentega 
          
1 - Cairkan coklat dengan teknik double boil.
2 - Pukul krim putar sehingga keras.
Bahagikan pada 3 bahagian.
3 - Masukkan 2 bahagian dengan coklat hitam yang telah dicairkan.      1 bahagian dengan coklat putih.


HIASAN (GLAZE)

250g   Coklat hitam
300ml Krim putar
250ml Topping cream

1- Coklat potong dadu 
2- Panaskan krim putar hingga mendidih dan masukkan ke dalam coklat tadi
3- Kacau sehingga semua coklat cair. Masukkan sedikit mentega.


SELAMAT MENCUBA

Rabu, 12 Jun 2013

PUTERI AYU

PUTERI AYU
PUTERI AYU

Bahannya

( 40 pcs )

3 biji telur
1 caw sartan
1 1/2 caw gula 
(boleh kurangkan kalau tak nak manis)
2 helai daun pandan
1 1/2 caw tepung gandum
1 sdb tepung ubi
sedikit garam
1/2 sdb overlate
1 biji kelapa (1/2 parut ambil putih saje - 1/2 lagi blender dengan pandan)

Kelapa, garam, tepung ubi

Caranya

1 - Pukul gula dan telur hingga kembang 
2 - Masukkan overlate pukul lagi hingga putih
 3 - Masukkan tepung gandum berselang seli dengan sartan 
( Daun pandan campur kelapa parut diblender, jadikan 1 caw air sartan / pandan )
Habiskan dengan tepung.

 1 - Kelapa parut di kukus sekejap supaya jangan cepat rosak.
2 - Angkat campurkan dengan garam dan tepung ubi.
3 - Gaul sebati.
4 - Tekan kelapa parut dalam acuan. Masukkan adunan tadi diatas kelapa parut
5 - Kukus selama 10 minit atau sehingga masak

Acuan puteri ayu

Kelapa parut dan adunan tepung

Siap..dimasak

Sedap dimakan

Sesuai untuk menambah pendapatan keluarga
Selamat mencuba.

Selasa, 11 Jun 2013

FRESH CREAM

FRESH CREAM


Cara- cara untuk memukul fresh cream

Pastikan bekas dalam keadaan sejuk.
Sebelum guna bekas hendaklah disimpan dalam aisbox dalam 10 minit.

Saya guna jenama ini. Sedap 

Fresh cream. keadaannya hendaklh masih lagi separuh beku.

Sebelum di pukul
Selepas di pukul



PUDING KARAMEL

PUDING KARAMEL

PUDING KARAMEL

Assalamualaikum 
Puding ini sedap dimakan bila sejuk.
PUDING KARAMEL
PUDING KARAMEL

BAHAN 
5 biji telur ayam size B atau 4biji size A
1 tin susu cair ( 400ml )
150ml air 
5 sudu besar gula (saya guna gula kaster )
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar tepung kastard
sedikit warna kuning

gula hangus
Bahan-bahan
6 sudu besar gula kasar
2 sudu besar air

Cara untuk membuat gula hangus
Masukkan gula bersama 1 sudu besar air dalam loyang.  
Masak dengan api perlahan hingga gula tadi menjadi perang sedikit. 
Kemudian masukan 1 sudu lagi air..masak hingga semua gula cair
 dan warna bertukar keperangan seperti gambar di atas.
biarkan sejuk.

gula kaster
Untuk membuat puding . 
Gula dan telur kacau pelahan. Masukkan air.
kacau lagi hingga semua gula hancur.
Susu cair, esen vanila , tepung kastard satukan.
 Masak dengan api perlahan jangan sampai mendidih.
 Panaskan biar boleh rasa suam-suam sahaja.
Masukkan ke dalam adunan telur tadi kacau rata jangan sampai berbuih.
Tapiskan adunan tadi ke dalam loyang yang ada gula hangus tadi.
Kukus dengan api sederhana 45minit atau hingga masak.
atau
Boleh bakar keadah double boil 180'c -45minit
Bila masak sejukkan dulu. Baru terbalikkan dalam bekas.
 Resepi ini sesuai guna loyang size 6in untuk dapatkan size puding tinggi.

susu cair dan telur size B

pewarna kuning dan esen vanila

Siap . Puding karamel caraku.
 Selamat mencuba.

Isnin, 10 Jun 2013

BUTTERFLY COOKIES

BUTTERFLY COOKIES

Assalamualaikum.
Hari ini..mari kita mencuba resepi ini..



Bahan
150g     Mentega
50g       Gula ising
188g     Tepung gandum
63g       Tepung jagung
1/2 sdb Serbuk susu

Hiasan

1biji   Putih Telur
95g   Gula Ising
1 sdb Tepung jagung
1/2 sdk Coklat Emulco
Cara-caranya

-Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
2-Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung susu. Uli hingga menjadi doh.
3-Simpan dalam aisbox 10 minit sebelum dicanai.
4-Canai doh guna acuan butterfly. Terap dan susun atas kertas minyak dalam loyang.
5-Bakar pada suhu 180'c  selama 20 minit. atau sehingga 3/4 masak. Sejukkan

Untuk hiasan

1-Pukul putih telur hingga kental.
2-Masukkan gula ising.Terus pukul hingga adunan berkilat. Masukkan tepung jagung.
3- Sebatikan dengan cara kaup balik.
4-Paipkan atas biskut yang telah sejuk tadi hias dengan coklat emulco.
5-Bakar semula dengan api bawah saja selama 10 minit suhu 150'c atau hingga hiasan itu keras.
6-Bila sejuk boleh disimpan dalam balang.

Selamat mencuba.