Selasa, 11 Jun 2013

PUDING KARAMEL

PUDING KARAMEL

PUDING KARAMEL

Assalamualaikum 
Puding ini sedap dimakan bila sejuk.
PUDING KARAMEL
PUDING KARAMEL

BAHAN 
5 biji telur ayam size B atau 4biji size A
1 tin susu cair ( 400ml )
150ml air 
5 sudu besar gula (saya guna gula kaster )
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar tepung kastard
sedikit warna kuning

gula hangus
Bahan-bahan
6 sudu besar gula kasar
2 sudu besar air

Cara untuk membuat gula hangus
Masukkan gula bersama 1 sudu besar air dalam loyang.  
Masak dengan api perlahan hingga gula tadi menjadi perang sedikit. 
Kemudian masukan 1 sudu lagi air..masak hingga semua gula cair
 dan warna bertukar keperangan seperti gambar di atas.
biarkan sejuk.

gula kaster
Untuk membuat puding . 
Gula dan telur kacau pelahan. Masukkan air.
kacau lagi hingga semua gula hancur.
Susu cair, esen vanila , tepung kastard satukan.
 Masak dengan api perlahan jangan sampai mendidih.
 Panaskan biar boleh rasa suam-suam sahaja.
Masukkan ke dalam adunan telur tadi kacau rata jangan sampai berbuih.
Tapiskan adunan tadi ke dalam loyang yang ada gula hangus tadi.
Kukus dengan api sederhana 45minit atau hingga masak.
atau
Boleh bakar keadah double boil 180'c -45minit
Bila masak sejukkan dulu. Baru terbalikkan dalam bekas.
 Resepi ini sesuai guna loyang size 6in untuk dapatkan size puding tinggi.

susu cair dan telur size B

pewarna kuning dan esen vanila

Siap . Puding karamel caraku.
 Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan