Isnin, 29 April 2013

SAUSAGE MINI PIZZA

Assalamualaikum,
Selamat malam..satu lagi resepi untuk hari ini..
Rasanya sedap..dan rotinya lembut..boleh tahan dua hari pada suhu bilik.



SAUSAGE MINI PIZZA

DOH

450 gm  Tepung roti*
84   gm  Gula Kaster*
7     gm  Garam*
3     sdt  Yis segera*
45   gm  Mentega*
15   gm  SusuTepung*
1  biji     Telur ( gred B @ C )
220 ml    Air ( air biasa )

TOPPING

14 btg     Sosej di potong 
4  biji      Tomato di hiris
               Keju Mozzarella



SOS PIZZA
1 biji       Bawang besar Hollen dicincang
4 ulas      Bawang putih dicincang
2 sdb      Herba Campuran
1 tin        Tomato Puri
5 sdb      Sos cili
4 biji       Tomato dibuang kulit & biji, kemudian dipotong dadu kecil
 1 sdt       Lada Hitam
               Garam & Gula secukup rasa


UNTUK SAPU PADA ADUNAN
1 biji  kuning Telur
8 sdb susu segar

CARA-CARA

- Gaul bahan yang bertanda * Tepung roti  ,garam, gula, yis , susu tepung 
   dan mentega hingga menjadi doh yang lembut.
- Masukkan telur uli lembut 
- Tuang air sedikit-sedikit dan uli adunan hingga menjadi  doh yang lembut dan elastik.
- Doh terus ditimbang dan dibahagikan kepada 16 bahagian, bulatkan adaunan tadi
- Rehatkan selama 15 minit.

- Canaikan doh hingga diameter 10cm.
- Sapu susu pada doh. Letakkan sos pizza, susun topping, tabur keju mozzarella
- Rehatkan doh naik dua kali ganda.
- Bakar selama -/+ 15 minit  pada suhu 180'c atau pizza keperangan

SOS PIZZA
- Tumis bawang dan masukkan herba campuran. Tuang tomato puri. Setelah naik bau,
   masukkan sos cili dan tomato. Masukkan gula, garam dan lada hitam secukup
   rasa.

Sosej, tomato dihiris, keju mozzarella, sos pizza utk topping

Mini pizza sedang dimasak















CRAB MEAT MINI PIZZA

Assalamualaikum 
Hari ini saya berkongsi resepi roti dengan teman-teman yang sudi datang ke blog saya. Saya dapat resepi ni dari kelas mini pizza...Insyaallah saya akan update resepi dari kelas-kelas yang pernah saya belajar.

CRAB MEAT MINI PIZZA
CRAB MEAT MINI PIZZA
DOH
400 gm  Tepung roti*
100 gm  Tepung gamdum*
70   gm  Gula Kaster*
1    sdt   Garam*
14   gm  Yis segera*
106 gm  Mentega*
26   gm  SusuTepung*
50  ml    Susu segar
90 gm    Krim Putar
1  biji     Telur ( gred B @ C )
170 ml    Air ( air biasa )

TOPPING
18 btg     Isi ketam dihiris
1  biji       Telur
1 sdt        Garam
4 sdt        Gula Kaster
250 gm    Sayur campur

- Campurkan Isi ketam yang dihiris, telur, garam, gula dan sayur campur . Gaul semua hingga rata

Isi ketam, sayur campur, sos cili, mayonis, telur, garam, gula

                Mayonis
                Sos cili
                Oregano
                Keju cheddar

UNTUK SAPU PADA ADUNAN
1 biji  kuning Telur
8 sdb susu segar

Cara -cara
- Gaul bahan yang bertanda * Tepung roti , tepung gandum ,garam, gula, yis , susu tepung 
dan mentega hingga menjadi doh yang lembut.
- Masukkan telur, susu dan krim putar uli lagi rata..
- Tuang air sedikit-sedikit dan uli adunan hingga menjadi  doh yang lembut dan elastik.
- Doh terus ditimbang dan dibahagikan kepada 16 bahagian, bulatkan adaunan tadi
- Rehatkan selama 15 minit.
Doh yang sudah dibahagi kepada 16 bahagian.

- Canaikan doh jadi bulat dan nipis letak dalam loyang yang telah disapu dengan tepung gandum.
-Sapu doh dengan susu. Sudukan inti dalam doh. Paipkan mayonis, sos cili, tabur keju cheddar 
dan oregano. Rehatkan selama 35minit
- Bakar pada suhu 180-200'c selama 12-15 minit atau hingga kuning kekuningan

Sapu doh dengan telur yang telah dicampur dengan susu segar. Letakkan inti ,taburkan oregano.

Letakkan sos cili, mayonis dan keju cheddar. Rehatkan selama 35minit . Sedia untuk dibakar.

Selamat Mencuba.

Rabu, 17 April 2013

SPAGHETTI BOLOGNESE

siap untuk dimakan...sluppp

celery, bawang putih, bawang besar, lobak

daging cincang


 sos spaghetti, susu segar, tomato puri, spaghetti
oregano


SILALAH CUBA RESEPI INI...
SPAGHETTI BOLOGNESE
BAHAN
500g spaghetti
cara
Masak air hingga mendidih..masukkan spaghetti, sedikit minyak masak, sedikit garam. Biar dalam 15minit..atau  hingga masak. .
BAHAN SOS
500g daging cincang
200g susu cair atau susu segar
2 labu bawang besar dicincang halus
2 biji bawang putih dicincang halus
1 btl sos spaghetti kimball
1 btl air (guna botol sos )
1 sdb tomato puri
3 biji tomota dipotong dadu
1 btg lobak di potong dadu
1 btg celery dipotong dadu
1 kuib stock daging (saya tak letak )
1 tin cendawan butang ( saya tak letak )
1/2 sdt oregano / ( paprika - kalau mahu pedas)
garam/gula secukup rasa
3 sdb minyak masak
2 sdb mentega
keju parmesan (saya guna chedder ) dan cheese slice.
CARA
Panaskan minyak dengan mentega. Tumis bawang besar n putih sampai layu..

masuk daging cincang masak sampai masak sedikit . 
masukkan sayur yang dicincang
Masukkan sayur tadi..masak biar lembut sikit..
masukkan susu..masak dgn api besar biar mendidih..masukkan sos spaghetti kimball 1 botol kacau ..
air ikut sukatan botol yang sama dengan sos
masukkan cheese slice
masukkan air ikut sukatan botol tadi. masukkan tomato puri, tomato kacau sambil tekan buah tomato supaya hancur..masukan oregano,kiub daging (saya tak letak) garam, gula,2 cheese slice..biar mendidih dan masak dengan api perlahan...hingga masak..atau kuahnya nampak pekat.

KEK CAREMAL

KEK KARAMEL (CAREMAL)

Bahan-bahan dan cara membuatnya :

[A] Lapisan Gula Hangus
~ Masukkan ke dalam loyang 7" atau 8" inci. Letak loyang di atas dapur gas.
~ Cairkan atas api perlahan. Biar cair sendiri, tak perlu dikacau.
~ Bila cair dan bertukar warna menjadi perang, lenggok-lenggokkan loyang biar caramel rata. 
~ Ketepikan. Jangan khuatir, ianya memang akan mengeras.

[B] Lapisan Karamel
3 biji kuning telur
1/2 tin susu cair (200 ml)
1/2 sudu teh asen vanilla
70 gm gula kastor

ATAU (untuk menghasilkan karemel yang lebih tebal *yang ni ikut Miza) :
5 biji kuning telur
2 biji telur penuh *jadi keseluruhan = 7 kuning telur & 2 putih telur
1 sudu besar asen vanilla
1 tin susu cair (400 ml)
70 gm gula 
~ Kacau sebati bahan di atas hingga gula larut. Hati-hati! Jangan sampai berbuih.
~ Tapis larutan masuk ke dalam loyang yang ada gula karamel tadi.
~ Ketepikan

Nota : Kalau nak dapatkan permukaan karamel yang halus mulus dan licin, 
masa kacau bahan2 ni,
 buat pelan2. Kalau tak nanti jadi macam kek Naz ni. Permukaannya tak berapa licin.
*Nasihat ni dapat dari orang yang lebih pakar.

[C] Meringue
Kalau buat lapisan karamel di atas tadi guna 3 biji kuning telur, maka bahan untuk meringue :
3 biji putih telur (baki putih telur dari di atas tadi setelah digunakan kuningnya)
3 biji putih telur tambahan *jadi jumlah putih telur yang diperlukan = 6 biji*
1 sudu teh krim of tartar (tak letak pun tak apa)

ATAU;
Kalau buat lapisan karamel di atas tadi guna 7 biji kuning telur, maka bahan untuk meringue :
 5 biji putih telur (baki putih telur setelah diguna kuning telur dari atas tadi)
1 biji putih telur *jadi jumlah putih telur yang digunakan = 6 biji*
1 sudu teh krim of tartar (tak letak pun tak apa - Naz tak letak)
~ Pukul putih telur bersama krim of tartar (sekiranya menggunakannya) sehingga berbuih.
~ Kemudian, masukkan :
70 gm gula kastor
~ Pukul lagi dengan menggunakan high speed hingga kembang dan menjadi meringue.
~ Cara nak tau dah jadi meringue tu, bila diterbalikkan, adunan tidak jatuh.

[D] Kek
1 biji kuning telur (lebihan dari atas setelah diguna putihnya)
2 kuning telur *jadi jumlah kuning yang digunakan = 3 kuning telur*
135 ml air
45 ml minyak masak
70 gm gula kastor
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
~ Ayak tepung gandum dan baking powder bersama. Ketepikan.
~ Guna mixer tadi(tak perlu dibasuh),
dan pukul kuning telur air dan minyak masak hingga kembang.
~ Masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang.
~ Masukkan bahan ayak sikit-sikit dan pukul sebati.
Penyatuan adunan [C] dan [D] :
~ Masukkan 1/2 adunan [C] iaitu meringue ke dalam adunan [D].
Kaup balik hingga sebati.
~ Kemudian masukkan baki adunan [C], dan kaup balik perlahan-lahan hingga sebati.

Mewarna dan melapis adunan kek :

~ Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan ikut warna pilihan: A, B dan C.
~ Masukkan sesenduk adunan warna A ke tengah loyang tadi. Tak perlu diratakan.
~ Masukkan pula sesenduk adunan warna B di tengah-tengah adunan A tadi.
~ Begitu juga dengan adunan C.
~ Buat hingga habis semua adunan digunakan.
~ Lorekkan dengan hujung lidi pada adunan mengikut corak yang anda inginkan.

Membakar kek :
~ Panaskan oven pada suhu 170 C - 180 C menggunakan api bawah sahaja.
~ Bakar kek secara steam bath atau double boiler di dalam oven selama 1 jam
atau hingga kek masak sepenuhnya.
~ Cara steam bath :
Masukkan loyang berisi adunan kek ke dalam satu lagi loyang lain yang lebih besar
 yang diisi air di dalamnya.
~ Masukkan loyang ni ke dalam oven pada rak yang paling bawah dan ingat!!!
 Bakar menggunakan api bawah sahaja.
~ Bila tamat waktu pembakaran, cucuk lidi di tengah-tengah kek untuk menguji
samada kek telah masak
 sepenuhnya atau tidak. Kalau lidi keluar bersih(tiada adunan yang melekat),
 maknanya kek telah masak.
 Sekiranya tidak, tambah lagi waktu pembakaran.
~ Bila dah masak, kuarkan dari oven dan rehatkan 10 minit.
Kemudian terbalikkan ke atas pinggan atau lapik yang sesuai. 
~ Boleh disimpan di dalam peti sejuk dan hidangkan sejuk.. Sedapppp...

SILALAH MENCUBANYA
Asal Resepi : Puan Munira Baharum 

KEK CAREMAL








Ahad, 14 April 2013

Kek Span Coklat/Vanila/Pandan/Oren



Kek Span Coklat/Vanila/Pandan/Oren

KEK PANDAN














110g tepung superfine *
40g serbuk koko *
1sk baking powder * diayak
150g gula kastor (saya guna gula halus)
5 biji telur A
1sb ovalete
80ml air / susu cair (saya guna air)
80ml mentega cair / minyak masak (saya guna minyak masak)

- pukul telur + gula + ovalete + campuran tepung hingga kembang dan gebu
- masuk air - pukul hingga adunan benar2 ringan
- masuk minyak,kaup balik dgn senduk hingga sebati
- masok dlm loyang 8x8 @ 7x7 (saya guna 8x8) yg telah dilapik kertas
- bakar 45 min @ 175C
- dah masak,keluarkan dr oven dan terbalikkan atas redai kek dlm 5 minit..pastu keluarkan kek dan terlentangkan,biar hingga sejuk
- pastu suke hati nak deko atau nak dibuat kek choc indulgence k..mcm2 boleh dibuat...

****Jika nak buat kek span vanila..tukarkan sahaja kuantiti tpg kpd 150g dan koko xyah letak serta tambah 1sk serbuk vanila
****Jika nak buat kek span pandan / oren...tukar kuantiti tpg kps 150g dan koko xyah letak serta 80ml air tukarkan kpd 80ml jus pandan/jus oren



KEK PANDAN

KEK COKLAT


CHOCOLATE PAVLOVA

CHOCOLATE PAVLOVA

CHOCOLATE PAVLOVA


Bahan-bahannya


4 biji putih telur
1 sudu besar lemon jus
120 gm gula halus
2 sudu besar serbuk coklat Hershey's
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil emulco coffee

cara caranya
-pukul putih telur bersama gula bersama serbuk coklat hershey's sehingga kembang dan ringan
-setelah kembang
-tapiskan serbuk coklat hershey's bersama tepung jagung.
-gaul sebati guna spatula masukkan emulco coffee
-panaskan oven suhu 150'c selama 10 minit sebelum proses membakar
-turunkan suhu kepada 100-120'C ketika hendak membakar..
-10 minit api bawah dulu .kemudian api atas bwh..
-bakar dlm loyang yang dialas baking paper.selama 1 jam atau sehingga garing..
-suhu 100-120'c..api atas bawah.bergantung pada oven masing masing
-biar sampai sejuk di dalam oven..
-siap hiaskan dengan fresh cream dan buah buah segar mengikut kegemaran masing masing
-selamat mencuba






Puding Coktail




Puding Coktail
 
1 peket agar-agar 
12 gelas air 
1 tin susu pekat 
1 tin susu cair 
1 gelas sartan
1 gelas gula
1 sdb esen vanilla
cara-cara
Rendam agar-agar hingga lembut.Masak agar- agar hingga hancur Masukkan susu cair, susu pekat dan sartan kacau sekejap..jangan sampai mendidihnMasukkan esen vanilla..kacau sekejap. Tutup api.Masukkan dalam bekas biar sejuk.1 tin coktail buah campuran2 tin buah laiciAmbil air buah diatas campur dengan gula untuk dapatkan rasa manis..Bila agar-agar sudah keras hidangkan dengan buah coktailAir buah tadi campuran dengan sedikit gula..kacau rataTuang di atas  buah-buahan coktail tadi…Sedia untuk dihidangkan. Boleh di letak dalam bekas kecil untuk majlis.
Agar-agar yang belum ditabur buah-buahan
Sedia untuk dimakan
Sangat sedap bila dimakan sejuk




 


Sabtu, 13 April 2013

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE


KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
.
KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE (loyang 8x8x3inci)
BAHAN A
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpng gandum
Cara-cara
1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
3. Biarkan sebentar.



KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
BAHAN B (KEK)
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum*
3 sudu besar sebuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara
1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
3. Masukkan air panas,susu dan minyak.
4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK.
1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana .
2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil          dan kukus selama 15 minit.
5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.


kek lapis cheese
6. Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan

Jumaat, 12 April 2013

PAVLOVA

PAVLOVA
PAVLOVA 
4 biji putih telur

1 cawan gula castor -  letak 3/4 cawan kalau tak nak manis
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cuka makan 

Sediakan loyang
Alas loyang dengan baking paper.
Jika guna kertas minyak, sapukan sedikit minyak atau spray kertas dengan kek gris
Panaskan oven dengan api bawah 170 C nanti bila dah masukkan pavlova turunkan suhu kepada 120-100C

*Tips memukul putih telur
Pastikan tiada sedikit pun telur kuning
Pastikan bekas bersih dari sebarang gris atau minyak
Sebelum memasukkan putih telur ke dalam mixer, sapukan sedikit cuka masakan pada bekas mixer supaya semua lemak atau bahan gris terhapus.
Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu
Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.
Satukan tepung jagung, esen vanila dan cuka dlm bekas kecil
Kacau rata hingga semua bahan larut
Masukkan dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula aje dengan kaedah kaup balik.

Masukkan adunan dalam piping bag
Guna nozel bentuk bunga
Letakkan adunan atas baking paper secara memanjang

masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 120-100C selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.
Tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit, sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya
pavlova
Bahan Hiasan
Non Dairy Wiping Cream
 
Strawberry - di dadu
Kiwi - didadu

boleh letak buah kesukaan masing-masing
Whiping Cream di pukul dgn kelajuan maksima hingga kental

Selasa, 9 April 2013

DURIAN CREPE


DURIAN CREPE

ASSALAMUALAIKUM..
Semoga hari-hari yang dilalui memberi seribu kebahagiaan kepada sahabat sekalian...
Hari ini saya ingin berkongsi resepi DURIAN CREPE. Jika ingin mencuba resepi ini silakan...
Durian crepe
Bahan-bahannya
2 sdb tpg gndum
2 sdb tepung ubi
1 sdb tpg kastard
1 sdb tpg jagung
1 biji telur
1 sdb myk masak (boleh tukar butter cairkan)
1 sdb gula kaster
40ml susu cair @ tukar 1sdb susu pekat
150ml air @ tukar 190ml air 
pewarna kuning
sedikit garam
1 sdt esen vanila

Caranya

-masukkan   semua bahan dalam mangkuk..sebatikan dgn whisk dan tapis.
Kalau pekat tambah air sikit..
-boleh jugak blander..cuma sedikit berbuih..kena hilangkn buih2 tu..
dulu untuk elakkan crepe akan berlubang bila byk buih..
-Ambil sesenduk kecil..tuang adunan dalam kuali yg dipegang..
-layangkan kuali agar adunan sekata..
-masak atas api kecil..
-masak hingga kering..angkat..tak perlu terbalikkn masa angkat tu
buat sama macam buat kuih dadar @ ketayap.

FILLING..
-150ML FRESH CREAM diputar hingga kental..(boleh mix sekali dgn 2sdb isi durian)
-isi durian..
-letakkan fresh cream, letak isi durian ..dan letak lagi fresh cream di atasnya..
-lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah.
Siap.
durian crepe
Durian crepe
Kastard Durian sebagai filling
200g susu segar
4 biji kuning telur
1/2 caw gula biasa
1 sdk esen vanila
secubit garam
6 sdb tepung jagung
2 sdb butter
1caw isi durian
(ikut suka nak letak sikit atau banyak)




CARA
Masak 1/4 susu segar dan gula hingga sebati. Masukkan telur ,esen vanila,garam,
1 sdb tepung jagungkacau rata. Masukkan baki susu,tepung jagung,butter,isi durian
Masak hingga pekat.Tutup api, bila sejuk simpan dalam aisbox 3jam.                                                                                      Boleh guna buat filling durian crepe campur dengan fresh cream.

Selamat mencuba